Assalamualaikum
Baru-baru ini officemate aku ajak buat "potluck". So, pikir punya pikir terdetik dalam hati aku nak masak kuih butir nangka. Lepas itu terus telefon mak mintak resepi. Haha, nak buat sangat tapi resepi pun tak ingat. Mak aku pun mulalah menurunkan segala ilmu yang ada kepada anakandanya ini. Jadi aku pun nak turunkan ilmu ini kat korang pulak.
Resepi kuih butir nangka
250 g tepung pulut
1 kotak santan segera
Satu sudu teh halba
Gula (ikut tahap kemanisan korang)
Sedikit garam
Sedikit air kapur
Pewarna hijau
Sehalai daun pandan yang disimpul
Cara-caranya:
- Mula-mula korang sediakan bancuhan air, kapur dan perwarna hijau. Kapur jangan letak banyak sangat. Secubit dah okey.
- Masukkan bancuhan air kapur ke dalam tepung pulut sedikit demi sedikit. Ulikan sehingga tepung pulut dah tak melekat di sekitar bekas.
- Sambil itu, panaskan air di dalam periuk.
- Selepas siap diuli, korang gentelkan adunan tepung pulut tadi bulat-bulat. Aku suka buat bujur sikit. Lepas itu, campak dalam periuk yang ada air mendidih. Bila adunan dah timbul. angkat dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi air sejuk. *Penting untuk pastikan gentelan tepung korang tak melekat antara satu sama lain
Butir nangka yang mula terapung Butir nangka yang diletakkan ke dalam air sejuk - Part seterusnya adalah kuah santan.
- Dalam periuk yang berasingan, korang panaskan santan. *Kalau nak pekat korang kurangkan tambah air ke dalam santan
- Lepas itu, masukkan daun pandan yang telah disimpul, sedikit garam dan beberapa sudu gula. Gula ini depends kepada tahap kemanisan korang. Tapi kuih butir nangka ini memang manis. Jangan lupa masukkan halba sekali.
- Lepas dah siap kuah santan, bolehlah masukkan butir nangka ke dalam kuah tersebut. Buang dulu air rendaman butir nangka. Gelegakkan sekejap sambil kacau perlahan.
- Angkat dan siap untuk dihidangkan.
- Boleh dimakan sejuk atau panas.
Note*
Gambar kat atas dah siap bungkus. Senang nak bawak pergi office. Nak dijadikan cerita, sebenarnya masa aku duk khusyuk menguli adunan aku, aku baru tersedar yang tepung aku guna tepung ubi kayu. Memang macam kanji lah adunan aku. So, korang apa-apa perhati dulu label tepung itu. Betul ke idok yang itu tepung pulut...
No comments:
Post a Comment