Saturday, 19 September 2015

Marsala: Warna trend 2015

Salam sehati sejiwa semua...

Memandangkan 2015 dah hampir ke penghujungnya, jadi hari ini aku nak cerita sikit tentang warna trend bagi tahun ini. Sebenarnya, warna marsala telah diumumkan sebagai "Pantone Color of the Year".

Marsala merupakan warna seakan-akan merah-coklat dan sesuai dipadankan dengan semua warna kulit tidak kira lelaki atau perempuan. Marsala mempunyai daya tarikannya yang tersendiri disamping menampilkan gaya mewah dan glamor.

Imej : Google Image

Cuba korang tengok warna marsala kat atas. Serius cantik dan secara tak langsung menyerlahkan lagi keberanian korang dalam bermain dengan warna. So, sebelum 2015 melabuhkan tirai, let's try this color...

Thursday, 17 September 2015

Negative Thinker atau Positive Thinker?

Assalamualaikum semua...

Tujuan aku menulis hari ini bukanlah nak mengutuk ke apa cuma sekadar berkongsi pendapat dari ruang hati aku yang kecil ini.

Pernah tak korang terpikir pasal "negative thinker"? Pada pendapat aku "negative thinker" adalah orang yang selalu berfikir negatif terhadap orang lain dan apa yang keluar dari mulutnya adalah perkataan yang boleh meluluhkan hati dan perasaan orang lain.
Manakala "positive thinker" adalah orang yang selalu support apa yang korang buat dan "we need them as our friend". That's all...

Tetapi kalau korang dikelilingi pemikir-pemikir negatif ini harap bersabar dan cuba pujuk diri korang sendiri yer. Kadang-kadang memang rasa geram sangat, macam nak bagi penumbuk kat dorang ini. Mana tidaknya setiap benda yang kita buat nak kutuk, nak sindir. "Hello, you siapa? Nak kutuk-kutuk orang. Dah perfect sangat ke? Kang kalau aku kutuk balik, menangis pulak."

Kadang-kadang dalam kita berkawan, please alert dengan perasaan kawan-kawan sekeliling. Jangan emosi sendiri jer nak suruh orang jaga. Aku memang dah banyak kali jumpa negative thinker ini. Orang nak diet dia kutuk. "Eh, makan lagi? Kata nak diet?" Dah itu engkau ingat diet ini tak payah makan? Orang nak diet bukannya nak kebulur.

Ini  tak masuk lagi dengan orang yang kerjanya selalu assume memanjang. "Hisy, engkau tengok orang itu, gatallah. Asyik, duduk senyum kat orang!" Suka hati jer kata orang gatal. Manalah tahu orang itu memang kerja dia senyum jer memanjang. Yelah, senyum kan sedekah.

Tetapi aku sememangnya salute dengan orang yang always positive. Diaorang inilah yang selalu bagi semangat, selalu support kawan-kawan diaorang. Kalau korang rasa bukan jiwa korang untuk jadi positive thinker, so don't decide to become negative thinker. Kita hanya perlu diam, senyum, dan angguk. "Engkau dah lakukan yang terbaik, bro." Hanya dengan kata-kata simple ini sebenarnya korang dah ubah persepsi hidup kawan-kawan korang.
Jadi, apa kata kita mula berubah. Jadikan diri kita sebagai "positive thinker" dan jadikan hidup kita dan orang sekeliling kita lebih berharga.

Sekian...

(nota: ini hanya pendapat peribadi aku dan maaf andai ada yang terkasar bahasa :) )

Sunday, 3 May 2015

Kek Cawan Berkrim

Assalamualaikum


Cuba korang tengok gambar kat atas. Inilah kek cawan berkrim yang aku gerenti sedap sangat. Kalau korang nak tahu betul ke tidak kek ini sedap, korang boleh cuba resepi kat bawah ini....

Bahan A

4 biji telur
1 sudu besar ovalette
100 gm gula pasir
5 sudu besar air

Bahan B

120 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
1 1/2 sudu besar serbuk penaik
(Bahan B dicampur dan diayak)

Bahan C

120 gm minyak jagung
1 sudu besar perisa oren, strawberi atau pandan

Bahan hiasan

200 ml whipped cream

Cara-cara:
  1. Telur dan ovallete diputar dengan mesin pemutar selama tiga minit
  2. Masukkan gula pasir sedikit demi sedikit, putar lagi dengan kelajuan sederhana selama lima minit
  3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil putar dengan kelajuan tinggi selama satu minit.
  4. Kemudian, masukkan bahan B yang sudah diayak ke dalam adunan telur tadi. Putar adunan dengan kelajuan yang perlahan sehingga sebati
  5. Masukkan minyak jagung dan kacau hingga sebati
  6. Masukkan perisa dan kacau lagi hingga sebati
  7. Adunan dituang kedalam acuan cawan kertas di loyang hingga penuh
  8. Bakar adunan kek cawan selama 15 minit pada suhu 175 darjah celcius di dalam ketuhar. Pastikan ketuhar dipanaskan terlebih dahulu
  9. Setelah masak, keluarkan kek cawan. Tunggu hingga sejuk.
  10. Sementara tunggu kek sejuk, putarkan "whipped cream" sehingga kembang.
  11. Setelah kek sejuk, buat lubang di tengah. Letakkan "whipped cream" korang.
  12. Akhir sekali boleh letakkan hirisan anggur di atas "whipped cream". Boleh jugak gantikan dengan buah-buah lain. Misalnya strawberi atau kiwi
Dan inilah hasilnya....nampak sedapkan?



*maaf gambar tak clear sangat

Tuesday, 14 April 2015

Resepi Kuih Butir Nangka

Assalamualaikum



Baru-baru ini officemate aku ajak buat "potluck". So, pikir punya pikir terdetik dalam hati aku nak masak kuih butir nangka. Lepas itu terus telefon mak mintak resepi. Haha, nak buat sangat tapi resepi pun tak ingat. Mak aku pun mulalah menurunkan segala ilmu yang ada kepada anakandanya ini. Jadi aku pun nak turunkan ilmu ini kat korang pulak.

Resepi kuih butir nangka

250 g tepung pulut 
1 kotak santan segera
Satu sudu teh halba
Gula (ikut tahap kemanisan korang)
Sedikit garam
Sedikit air kapur
Pewarna hijau
Sehalai daun pandan yang disimpul

Cara-caranya:

  • Mula-mula korang sediakan bancuhan air, kapur dan perwarna hijau. Kapur jangan letak banyak sangat. Secubit dah okey.

               


  • Masukkan bancuhan air kapur ke dalam tepung pulut sedikit demi sedikit. Ulikan sehingga tepung pulut dah tak melekat di sekitar bekas. 
                                        

  • Sambil itu, panaskan air di dalam periuk.
  • Selepas siap diuli, korang gentelkan adunan tepung pulut tadi bulat-bulat. Aku suka buat bujur sikit. Lepas itu, campak dalam periuk yang ada air mendidih. Bila adunan dah timbul. angkat dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi air sejuk. *Penting untuk pastikan gentelan tepung korang tak melekat antara satu sama lain


    Butir nangka yang mula terapung
  • Butir nangka yang diletakkan ke dalam air sejuk 
  • Part seterusnya adalah kuah santan.
  • Dalam periuk yang berasingan, korang panaskan santan. *Kalau nak pekat korang kurangkan tambah air ke dalam santan
  • Lepas itu, masukkan daun pandan yang telah disimpul, sedikit garam dan beberapa sudu gula. Gula ini depends kepada tahap kemanisan korang. Tapi kuih butir nangka ini memang manis. Jangan lupa masukkan halba sekali.
  • Lepas dah siap kuah santan, bolehlah masukkan butir nangka ke dalam kuah tersebut. Buang dulu air rendaman butir nangka. Gelegakkan sekejap sambil kacau perlahan.
  • Angkat dan siap untuk dihidangkan.
  • Boleh dimakan sejuk atau panas. 

                    


Note*

Gambar kat atas dah siap bungkus. Senang nak bawak pergi office. Nak dijadikan cerita, sebenarnya masa aku duk khusyuk menguli adunan aku, aku baru tersedar yang tepung aku guna tepung ubi kayu. Memang macam kanji lah adunan aku. So, korang apa-apa perhati dulu label tepung itu. Betul ke idok yang itu tepung pulut...





Monday, 23 March 2015

Little Wok Kitchen


Assalamualaikum...

Kali ini aku nak cerita tentang pengalaman aku makan kat Little Wok Kitchen. Ini semua berkat kebaikan dua orang kawan aku yang sanggup belanja aku makan kat sini. Kalau tak memang tak dapat aku nak merasa makan kat Little Wok Kitchen. Terlebih dahulu thanks Tini and Nad sudi belanja aku makan. Terharu aku dapat kawan macam korang.



Tipulah kalau aku cakap yang mula-mula kitorang yakin yang Little Wok Kitchen ini halal. Tapi setelah aku melihat sendiri logo halal yang terpampang barulah keyakinan itu menerjah. So, apa lagi cepat-cepatlah kitorang mengorder. Kalau korang tak percaya korang boleh cek kat portal Halal Jakim. 


“Chicken Fried Rice” 

Untuk pengetahuan korang semua, makanan disini dihidangkan di dalam mini kuali. Nak tahu kenapa? Aku rasa sebab nama restoran ini Little Wok Kitchen. "Wok" bermaksud kuali. Ini aku rasa jelah, tak tahu betul ke tak. Berbalik dengan menu-menu dorang, seriously memang banyak. Tapi aku cerita yang aku makan jer sebab nak cerita benda lain bukannya aku makan pun. First sekali, "Chicken Fried Rice". Rasa dia sama jer macam nasi goreng cina kat kedai makan biasa. 

“Kam Heong Fish Rice”

“Kam Heong Beef Rice”

"Kam heong beef rice" sama macam Tini order cuma aku tukar beef. Korang boleh pilih ayam kalau tak nak makan daging atau ikan. Rasa dia boleh tahan sedap. Aku pun tak reti nak explain macam mana tapi dia pedas sikit. Mungkin sebab lada kering kot.

Okey makan dah siap. Air pulak?

Untuk air kitorang order “Longan Passion Fruit Tea”, “Longan Cincau Drink”, dan “Fruit Juice-Oranges”. Pandai-pandailah korang teka yang mana satu air kat bawah. Tapi yang penting “Longan Passion Fruit Tea” memang superb. Dia macam masam-masam sikit mcam minum ice lemon tea. Tapi tang longan itu yang sedap.





Last sekali, ini dessert kitorang, Mango Ice Floss. Tak sempat nak snap dah masuk mulut. Aku suka yang bulat-bulat itu. Tak tahu panggil apa. Tapi bila masuk mulut jer dia terus meletup, hihi. 


Okey sampai disini saja.. Nanti ada masa korang trylah jenguk-jenguk Little Wok Kitchen ini.

Friday, 20 March 2015

Resepi Singgang Ikan Selar Ringkas

Assalamualaikum korang!!!

Pernah tak korang masuk dapur lepas tu duduk melanguk sebab tak tahu nak masak apa. Bila bukak peti ais ada ikan selar jer. Hisy nak masak apa ini? Takkan nak goreng? Hari-hari goreng, masak sambal, lepas itu kicap. Bosan betullah....

Jadi hari ini aku nak bagi satu resepi yang ringkas dan sedap iaitu singgang ikan. Tak semestinya ikan selar. Korang boleh gantikan dengan ikan kembung atau ikan tongkol.

Bahan-bahan:
5 ekor ikan selar bersaiz sederhana
2 ulas bawang putih
Setengah inci lengkuas (potong nipis)
1 keping asam keping
Sedikit belacan

Cara-cara:
  1. Mula-mula korang ketuk bawang putih itu sampai hancur
  2. Lepas itu, masukkan ikan ke dalam periuk yang telah diisi air. Pastikan air tak banyak sangat. 
  3. Campurkan semua bahan iaitu bawang putih, lengkuas, asam keping dan belacan ke dalam periuk.
  4. Masak dalam api yang sederhana. Bila dah mendidih masukkan garam dan ajinomoto. *Jangan banyak sangat letak ajinomoto. Secubit dah cukup. Kalau tak nak letak lagi bagus.
  5. Okey siap. Kalau nak pedas sikit boleh masuk lada hijau yang besar.
Camna senang kan?
Okey nak tengok hasil dia tak?
Tadaaa...




 Nak lagi sedap korang goreng telur. Lepas itu, makan sekali dengan budu. Sure meletup...hihi




Monday, 16 March 2015

Resepi Apam Mekar Yang Gebu

Assalamualaikum semua!!!

Hari ini aku nak share resepi apam mekar yang memang gebu dan sedap. Resepi ini mak aku dapat dari kawan-kawan dia. Aku tak pernah try lagi tapi aku snap jer gambar-gambar dulu. Dah banyak kali mak aku buat tapi ini baru rajin nak tulis entry, hihi..

okey meh sini aku cerita

Bahan-bahan:

3 cawan tepung gandum
2 cawan gula
1 cawan air soda (mak aku guna air soda f&n yang botol dia color biru)
3 biji telur
1 sb ovalete
1 sdk esen vanila

Cara-caranya:

1) Pukul telur, gula, ovalete dan esen vanila menggunakan mixer dengan kelajuan yang paling tinggi sehingga gebu

2) Masukkan tepung dan air soda *boleh jugak kalau nak gantikan dengan aiskrim soda

3) Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan pewarna *ini ikut suka hati korang nak letak warna apa pun

4) Masukkan ke dalam cawan kertas dan kukus hingga masak *cawan kertas itu korang letak dalam bekas dulu taw sebelum masuk dalam kukusan. Macam mak aku dia masuk dalam cawan aluminium macam gambar kat bawah.


Ini gambar sebelum kukus...

Sekarang meh kita tengok hasilnya. Jeng...jeng...jeng



Nampak tak dia merekah-rekah???

Okey sekian sahaja entry untuk hari ini... Have a nice meal korang.







Friday, 20 February 2015

Who am I?


Assalamualaikum buat semua pembaca blog "Mudah Itu Aku".

Aku merupakan seorang pelajar di sebuah universiti tempatan. Aku baru berjinak-jinak dalam penulisan blog memandangkan sebelum ini memang dah lama aku berangan nak jadi penulis tersohor...tapi angan-angan masih lagi menjadi angan-angan.

Angan-angan tidak menjadi impian. Impian tidak menjadi kenyataan...hah aku kasi sikit lirik lagu yang diubah suai mengikut keadaan aku...
Okey aku dah tak nak merapu panjang-panjang. Harap-harap nanti korang terhibur dengan isi kandungan blog aku.

Sekian salam sayang dari aku.